Wednesday 12 August 2015

JOM BELAJAR MEMANDU KERETA - E - BUKU CIKGU YAP




Kini Anda Boleh Mendapat Lesen Memandu Kereta Anda Dalam Masa Yang Tersingkat

    Saya masih ingat lagi, 20 tahun yang lepas, ketika itu saya berumur 14 tahun dan belajar di Tingkat 2. Setiap hari Sabtu and Ahad, pukul 2:00 tengah hari, saya terpaksa menghadiri kelas tuisyen untuk matapelajaran Matematik and Sains di sebuah pusat tuisyen di bandar Klang, Selangor. 
    Pusat tuisyen itu agak jauh dari rumah saya, kalau berbasikal, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 40 minit. Waktu tengah hari pula, kalau berbasikal, tentulah baju akan basah kuyup dengan peluh kerana matahari yang terik. 
    Bila baju dah basah, lepas itu masuk bilik air-con pusat tuisyen yang sejuk, sudah tentu badan berbau busuk. Malunya…

    Lebih memalukan lagi jika saya terpaksa duduk di sebelah seorang gadis yang jelita. Tak ada “mood” langsung untuk belajar. 



Lebih 40 Tahun Pengalaman

    Kebanyakan orang tidak tahu, ayah saya sebenarnya seorang “driving instructor”atau pengajar kereta. Dia di kenali orang ramai sebagai Cikgu Yap. Walaupun sekarang dia sudah bersara, ayah saya telah bekerja sebagai seorang pengajar keretalebih 40 tahun
    Sekian lama menjadi instructor kereta, agaknya berapa ramai orang murid beliau telah mengajar? Saya tidak dapat memberi angka yang tepat dan saya agak mungkin dah beribu-ribu orang. 

    Bayangkanlah, anak kepada murid yang ayah saya ajar memandu kereta di tahun 1971 kini datang berjumpa dengannya. Ibunya merupakan murid ayah saya di zaman 1970-an telah mengesyorkan anaknya supaya berjumpa dengan ayah saya untuk mendapatkan lesen memandu kereta. 






No comments:

Post a Comment